18 August 2011

Tip Penjagaan Kulit Kering

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Bahagia..Salam Ceria..

hai..sangat boring & mood telah ke laut untuk menyiapkan projek personal aku tu..huhhhh..due date nextweek ok..ade lagi menimbun nimbun nak kene setlekan..moga..dapat la ku menyiapkan projek tu agar ku boleh beraya dengan amannyer..

ehhh..pesal lari tajuk nih..tajuk tip penjagaan kulit kering..tengok2 intro ke lain lak eh..

ok ok..tu intro je..ni yang betol nye..sejak 2 menjak ni kan..aku memang resah gelisah tak pasal pasal weh..tak selesa dengan kulit kering..aku ni memang jenis yang kulit kering..ni kat tumit kaki da ade potensi nak pecah2 tu..eeee..tak suke la..memang 24hour berlosyen bagai kalo kat tempat sejuk sejuk tu..tak kire le, kat aircond ke kat  mane pun..mesti kulit ku kering..tapi bukan yang tahap mengelupas tu tau..just mengering & gatal..sapu losyen ke minyak kelapa dara ke, ok le nnt..cume kenkadang tu mood ke laut kan, tak der la nak sapu2 losyen nye tu..

memang aku slalu point kalo ader cite2 pasal kulit nih..pasti ku akan praktik ka..ye la..nakkan kulit sihat & cantek le kate kan..

ni aku share ngan korang info yang aku dapat hasil pembacaan dari majalah EH bulan ini:..

1- JAGA PEMAKANAN
Makanan yang seimbang, penting bagi memastikan kulit anda sentiasa sihat..Memang sentiasa seimbang kot ape yang aku makan..nasi, sayo, ayam ikan..hmm kering gak..Untuk mendapatkan kulit yang cantik, sihat & lembap, anda perlu makan banyak sayuran & buahan..kerana ia mempunyai vitamin yang sangat baik utk kulit anda..hmm yang ini pun da amalkan..tak jalan jugak!!

2- MENGGUNAKAN PELEMBAP SELEPAS MANDI
Anda perlu menggunakan pelembap kulit utk mengekalkan kelembapan kulit anda..Pilih pelembab yang bebas bahan pewangi @ paraben kerna bahan2 ini akan membuatkan kulit lebih kering & sensitive...horrr..patot le kering memanjang je kulit haku ni..mungkin pelembab yang kau pakai tu ada bahan yang mengeringkan balik kulit aku ni..bukan nak melembab kan!..hmm kene cari yang takder bahan2 tu la eh..

3- BERSENAM SELALU
Jika mahu badan sihat, bersenamlah jawapannya, jadi begitu jugalah kalau mahukan kulit yang sentiasa sihat & cantik..ini kerana jika bersenam secara konsisten ia akan melancarkan peredaran darah ke seluruh organ dalam badan termasuklah juga kulit anda. lohh..yang ini aku tak penah wat pun..jarang amat la nak buat..patot le en suami slalu soh bersenam..ini rupenya..

4- LINDUNGI KULIT
Jangan terlalu mendedahkan kulit anda dibawah sinaran cahaya matahari sekiranya anda mengalami masalah kulit kering..macam saya...  Kulit anda akan rosak jika terlalu kerap terdedah kepada matahari. Anda digalakkan menggunakan krim pelindung matahari..hmm yang ni selalu la pakai..rupenye pakai krim yang tak seswai la..

hmm baru la puas hati ku ni..da tahu punce kenapa tak pulih2 masalah kulit aku ni..hmmm..semoga dengan tip tip yang diberikan akan memberi manfaat kepada anda untuk menjaga kulit supaya sentiasa cantik!!

6 comments:

watyz said...

apa yg ko tulis tu sume aku x amalkan. sbb tu kot kulit aku kering. minum air masak pon aku kurang... :)

ummirayyan said...

watyz:..yo yo je kulit kering..bukan gebu mulus ker?!!!tipppuew tau ko ni...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Rose..kulit muka k.atie pon jenis kering gak tp kena rajen pakai pelembap & k.atie amalkn minum air masak bykkkkk..Alhamdllh,dh berseri semual(ceh!perasan..hihi)

ummirayyan said...

kak atie:..hai kak..iyer la, kene minum byk air kan..huhhh..jenuh ke bilik kecil selalu..hehehhe..

air wudhu yang sempurna pun buleh berseri gak..

Mak Izz said...

part bersenam tu plg failed. jaga makan mmg terjaga sungguh sbb tu tembun. pakai pelembap pas mandi jarang2 sbb nt nk basuh pinggan geli2 tgn licin. patotla kulit aku x lembut. hem.. camne nk raya nih?

ummirayyan said...

mak izz:..haah..penat le nak bersenam..aku lak amat menyayangi lelemak ni..slame nak kumpul tau..heheheh
ehh...raya je la..macam tak biasa lak beraya tanpa pelembab!..
aku rasa pelembab ko tu tak seswai le..tu pasal rasa geli geli time basuh pinggan..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails