24 August 2011

Law Ka Na Bainana

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Bahagia..Salam Ceria..Hai Semua..

hmm tajuk arab la pulak..hehehe..sebenarnye nak share sesuatu la kat korang pembaca setia blog ummirayyan ni..heeyyeeee..

klik la, leh dengar sambil baca citer seterusnya...

Law Ka Na Bainana..bermaksud Andai Rasulullah Bersama Kita..
sebenarnya, ia adalah 1 rancangan di TV Al Hijrah..kalo kat Astro tu channel 114..jam 530 pagi (siaran ulangan)..boleh la layan lepas/masa makan sahur tu kan..kalo tak jam 9.00 malam setiap hari ahad..program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa.Law Ka Na Bainana ni, program realiti TV yang dibuat di negara arab, yang mana rancangan ini akan membuat temubual spontan kepada sesiapa yang ditemui secara rawak, ditanyakan soalan-soalan berkenaan Rasulullah SAW. secara spontan!..


aku tahu rancangan ni pun dari hasil perkongsian ustaz Ajib semasa ceramah beliau di Majlis Tadarus minggu lepas..dia yang share rancangan ni kat kitorang..aku pun tengok la..
..sangat2 tersentuh, feeling2 tau..mane tak nye, ramai dikalangan kite ni lupa dengan sifat mulia yang Baginda Rasullullah amalkan..semua nya sebuk dengan urusan duniawi termasuk la aku...bergenang air mata ku mengenangkan sifat mulia Rasullullah itu tidak ku amalkan..contohnye:..penyabar, penyayang, pengasih, pemaaf, dan lain2..


ini yang telah ditranslate kan ke dalam bahasa Melayu..

Puisi Intro
--------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia
Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.
Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...
Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....
Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu

seronok tengok rancangan nih..pagi pagi lepas/masa sahur dengan en suami tu kitorang mesti tengok..tengok gelagat mereka yang ikut/amalkan sifat baginda ataupun tidak..yang mengikut/mengamalkan sifat tu, diorang diberi hadiah..

korang tengok le eh..mane la tahu buleh dijadikan pengajaran & perbaiki diri kita dalam kehidupan seharian...

sama sama kite terapkan nilai nilai Islam yang telah diajar oleh Baginda, Muhammad S.A.W...

4 comments:

bukan ustazah said...

1 perkongsian yg baik. tv al-hijrah kalo tv biasa chanel brp? (mek xde astro dah). ahad 9mlm ke? insyaAllah nk tgk jgk 1 hr nanti (walaupun terpaksa gadoh berebut remote dgn ehem ehem)

i love Rasulullah always n forever!!!

watyz said...

x tgk sbb x sahur pon... :)ade xde pon bukak tv3 ade budak tadarus

ummirayyan said...

B.U:..tak tau le kalo bukan channel astro tu tv bape..tekan tekan je la..hehehe..

tgk la, mane la tahu, terbukak pintu hati untuk perbaiki diri..

ummirayyan said...

watyz:..try le tgk..tgk yang ahad malam tu je pun ok..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails