22 August 2011

10 Cara Untuk Sambut Raya

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Bahagia..Salam Ceria..Hai Semua..

hmm da nak raya kan..lagi 3 4 hari je kan kite nak raya..eee..tak sabar betol nak balik kampung tu..hmm sedih juga sebab nak tinggalkan bulan yang penuh dengan barakah ni..

ok la..hari tu kongsi cerita pasal enjoy berpuasa..kali ni nak kongsi cerita pasal cara best nak sambut raya..

1. tunjukkan kekretifan kamu tu..Tahun ni, tak yah beli sampul duit..cume gunakan helaian majalah lama denan gambar yang menarik & jadikan sampul duit raya..jimat & kreatif kan!




2. Beri keutamaan yang luarbiasa kepada tetamu yang datang berkunjung ke rumah kamu tu..contohnye, buat sesuatu yang lain dari lain..buat hidangan moktel..tak pun wat ala ala kenduri kendara masa zaman dulu kala..hidang dalam dulang & makan berlima @ berenam..huhh..pasti kelainan kan!

3. Selepas penat beraya, ajak keluarga ke percutian singkat ke pusat peranginan paling hampir denan kamu..best kan!

4. Selain asyik makan & menonton tv saja, inilah masanya nak belajar cara menganyam ketupat..heee..yang ini aku memang tak reti, orang kidal belajar dengan orang kanan..susah!

5. Pakailah ikut keadaan & tempat yang dituju. high heels lima inci memang tak seswai yer..(aku tak der pun kasut 5 inci tu)

6. Jika kamu seorang blogger, dapatkan resepi yang dihidangkan masa musim perayaan yang selalu dimasak oleh ibu kamu..share le resepi turun temurun tu kat dalam blog yer!

7, Untuk buat rumah terbukamu lebih happening, adakan pertandingann karaoke lagu lagu raya lama & kini..ingat tau, lagu raya sahaja..(hmm boleh dipraktiskan..tapi umah mak aku takder karok set!)..

8. Balang plastik biskut raya yang sedia ada, pasti cantik jika diserikan dengan tampalan manik dan renda..g le gugel utk dapatkan design yang menarik yer...



9. Sejak dulu, dekorasi kad ucapan raya diruang tamu berjaya menyuntik mood raya..Kumpul kad lama & gantung semula untuk suasana yang lebih meriah.

10. Gandakan kegembiraan orang tuamu & adik beradik yang menanti kepulanganmu dikampung dengan bungkusan hadiah untuk setiap seorang..huhhhh...kalo adik beradik 9 orang?!!!!!...



hhehehee..sekadar berkongsi apa yang saya baca di Cosmorules..

tak saba nak balik raya ni...lebih sebulan tak jumpe ummi buyah...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails