29 February 2012

Ganjaran Untuk Isteri Solehah

Hai Semua ;-)‎
8 Ganjaran Buat Isteri Yang Solehah

1) “Sekali suami minum air yang disediakan... oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa setahun”.

2) “Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan haji dan umrah”

3) “Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengorbankan 1,000 ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin”.

4) “Apabila isteri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya sebagai jihad”.

5) “Pemeliharaan yang baik terhadap anak-anak adalah menjadi benteng neraka, pandangan yang baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)”.

6) “Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya menggembirakan suaminya”.

7) “Apabila meninggal dunia seorang dan suaminya redha, nescaya ia dimasukkan ke dalam syurga”. (Hadis Riwayat Tarmizi)

8) “Seseorang wanita apabila ia mengerjakan sembahyang yng difardhukan ke atasnya, berpuasa pada bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia masuk syurga dari mana-mana pintu yang ia suka”.

Dan ingatlah wahai wanita, semua itu terangkum di dalam suatu perkataan iaitu "TAAT"...

moga kite semua tergolong dalam golongan yang TAAT..

da daaa..

Jangan Luper Klik Iklan Kat Sidebar tu yer.. U klik I, I klik U...

Wordless Wednesday *3*

Hai Semua ;-)*..

harap bersedia, kalo penggeli...jangan tengok ehhh...

*



*



*

;-)*..

da daaa...

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu tau.. u klik i, i klik u..

28 February 2012

Para Suami, ini dia PETUA MELAYAN ISTERI..

Hai Semua ;-)*..

Saje nak kongsikan petua ni kat u olss..kot kot ader yang leka, alpa, tak perasan..leh la rujuk rujuk kat sini yer..
kot malu nak bagitau directly, print jer & letak kat tempat dia slalu lalu lalang..pandai le dia baca then follow mane yang baikkk...

ok jom baca:..
1. Sebelum tidur, peluk dan cium isteri. Tidak semestinya cium di mulut tetapi di dahi, di pipi atau mana² bahagian yang biasa dicium….



2. Kemudian, lafazkan ucapan I love you… Kalau nak cakap “Abang cintakan Ayang” pun boleh tapi… Dah jadi budaya kita agaknya nak sebut I love you lebih mudah.

3. Renung wajahnya. Berikan renungan seolah itu kali terkhir untuk anda melihatnya. Kemudian belailah rambutnya.

4. Cuba nyanyikan lagu paling romantis untuk dia. Kalau rasa suara tak sedap, boleh dengarkan lagu yang sebegitu sambil katakan lagu itu anda tujukan khas untuknya.

5. Jika masih ada masa, ulang cerita tentang zaman sebelum berkahwin atau zaman bulan madu. Jangan cerita semua. Satu hari ungkit satu cerita. Tapi yang seronok sajalah. Jangan ungkit masa bergaduh pula…

6. Ajak dia berbicara tentang anak dan keluarga. Ceritakan apa yang dia dah lakukan untuk anda dan anda amat berterima kasih dengan perbuatannya.

7. Kalau mampu, ceritalah tentang isteri² Rasulullah saw dan bagaimana mereka menghadapi cabaran.

8. Tidurlah dalam keadan berpelukan. Biarlah dia berbantalkan lengan, dada atau bahu anda. Sebenarnya ada banyak lagi yang boleh diperbuat. Tidak semestinya berakhir dengan hubungan intim.

Insya-Allah, bila isteri kita tahu yang kita betul² sayangkan dia, layanannya juga akan menjadi lebih baik. Bila layanannya baik, kita nak pasang lain pun jadi ragu² sebab bimbang yang baru kita dapat tak sehebat isteri kita sekarang.

tapi kan, bagi aku..petua ni seswai jugak untuk Isteri kan..kalo suami tak mo buat..isteri buat je..



da daaaa...

tQ sudi baca yer..

Jangan lupe klik iklankat sidebar tu..u klik i.. i klik u..

27 February 2012

Selamat Tengahari Semua..

Hai Semua ;-)...

Selamat Tengahari semua..Makan ape hari ni... Western ker?!! fastfood?!!!..owwhhh sedap nyer..ingat ingat aku kat sini tau...kalo baik hati..meh le anto kat opis ni..hehehee.

hmm..blog ni ku tinggalkan berhabuk sekejap..Khamis lepas aku ke Melaka..macam biasa, melaksanakan tugasan hakiki aku...yeaayyy balik kampung..

hari ni..terkejut gaban aku..sebab ader banyak komen dari korang yang sudi tu..komen kat entry blog aku...& hari ni juga..akan ku reply & publish kan eh...tunggu tau..

& hari ni juga aku dalam dilema.. outstation tengah menanti di bulan Mac..perjalanan yang agak jauh & untuk jangka masa yang panjang..leteh ...penat... itu sudah pasti...huhhhhhuhh...kerinduan..itu semestinye...nak ikutkan hati..tak mo tak mo tak mo g...tapi tak boleh la nak tolak, semua tugasan dah diagihkan & semua terlibat..

hmm tak pe la...aku nak g makan, lapo da ni..pastu nak jalan jalan kat umah korang pulak...

tQ..sudi baca entry tak bergambar ni..

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu tau.. u klik i..i klik u back..

22 February 2012

Wordless Wednesday *2*

Hai Semua ;-)


;-*)

da daaaa...

21 February 2012

Sebab Malaikat Rahmat tidak akan masuk rumah..

Hai Semua.. ;-)

Hari ni more to sharing..sekadar menggingatkan diri sendiri & kawan kawan semua..aku tertarik dengan tajuk ini, telah dishare kan di dalam FB..aku panjangkan pula di dunia blog pulak..

yuk kite cek,
Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.
2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3. Rumah yang memelihara anjing.
4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6. Rumah yang sering meninggikan suara.
7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.
10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13. Rumah pemakan riba.
14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15. Rumah yang memiliki patung-patung.
16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17. Rumah yang didiami peminum arak.
18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Pasti kan rumah kite tak termasuk dalam golongan diatas yer..

da daaa...balik ni nak kemas rumah..si kenet Rayyan ku tu tahu memunggah menan jer..nak kemas, dia soh aku...hehehee...

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu yer.. u klik i.. i klik u back..

20 February 2012

Coolpix s3100 & Coolpix P2

Hai semua ;-)

masa hari wilayah ritu kan, aku ader bgtau aku ader beli si sang reddish tu..hmm entry kali ni aku nak review skit..

Kenapa Coolpix s3100 :..

Sebab utama
ikut bajet aku ler..harga pasaran nye RM499..tapi aku dapat RM390..dapat casing & SD kad 4G..memandangkan memang nak beli dengan bajet ala ala gituew..aku sambar je la..ader yang lagi murah, tapi tak der video..kirenye ni yang terbaik untuk aku ler..cukup la sekadar nak bergambar, then leh upload kat blog..

Sebab kedua..
Saiz skit lebih kurang jer ngan compact camera lain tu, yang ni ringan skit..118gram jer..termasuk bateri & SD memori kad tu..tak pun tebal sangat..cume 93.5 x 57.5 x 18.4 mm..nipis kan!
walaupun nipis..dia boleh zoom 5X dari wide angle lens tuuu...leh nampak lubang idong wooo...


Sebab ketiga...
senang nak bagi kat mangsa untuk tolong amikkan gambar kitorang bertiga..tak pun time cuti cuti berdua tu..takkan nak bagi kamera besau aku tu..kamera besau tu untuk aku amik gambar dia..dia amik gambar aku selain scenery ke, human interest ke..baru layan...kalo tak, segan nak mintak tolong orang amikkan gambar dengan kamera besau tu...hehehe...(tak yah nak pikul tripod dah...)

Sebab keempat..
leh buat video..kalo nak bawa videocam tu pun, bulky kan..lagi la bertambah berat..ooo tak mo tak mo..& hasil gambar terbaik punyer..tak der dah tersangkut sangkut..cume tak try lagi upload kat blog macam maner..berat ke..ringan ker..nnt aku research eh..

Sebab kelima..
kamera ni menghasilkan gambar bersaiz besat..14megapixel weh..kamera kecik..tapi leh print gambar besar gedabak..

Sebab keenam..
dalam kamera ni, ader juga internal storage..means..kalo memori kad da penoh dia leh store gak gambar dalam kamera...

Sebab ketujuh...
yang penting, ia bukan touch skrin..hehehe al maklum le, tangan tengah menyuap makanan pun stil leh tekan button..kalo touch skrin tu..tentu la nak kene tangan bersih kan..no minyak minyak eh...seriosly, aku memang tak minat dengan touch skrin..baik hp..baik kamera..sebab tangan aku ni berminyak berlosyen..tak leh nak gesek gesek sreeeeettt tu...hehehhee...

Sebab kelapan..
Mode kat kamera ni same je ngan kamera besau aku tu..cume ini bukan la taraf profesional eh..Semua ade..SPORT, NIGHT MODE, POTRAIT..macam macam la..multishoot pun ader..best..leh amik gambar lompat lompat..

yeayyyy ni sang reddish yang aku sambar hari tu..

Kenapa Merah?!!kan ade banyak lagi kale yang fancy..menarik?!!
Sebabnye..kamera ni kire gune sama aku & en suami, walaupun sememangnye kamera ni dok dalam genggaman / handbag aku..kalo aku amik pink ke pepel ke..tu gurlish sangat kan..biru?!!lagi la macam kamera tipu tipu tu..da macam menan dak Rayyan da rupenye.. Hitam?!!owwhh..cukup la dengan kamera gedabak aku tu..nak le yang kiut kiut skit kale nyer..Silver?!!..owh..kamera lama tu pun da kale silver..tak  mo la...oleh itu, MERAH jadi pilihan kami..so, tak le malu en suami aku nak pegang kamera ni kan...


PUAS HATIk!!!..

ini pulak Coolpix P2 yang tak dapat nak kesan ape sakit nyer..memang banyak berjasa..tapi skang da tak leh nak baiki da..simpan je la nampaknyer..wat Rayyan main main...boleh?
 haaa ni la hasil kamera lama yang da sakit tu..tu pasal entry pasal di Perlis di Bulan Januari tu tak der..ni gambar kat Padang Besar..tak cun kan!...
 hmm sakit hati kan tengok hasil gambar macam ni..blur..nasib baik leh cam lagi tu aku & en suami..kalo shoot gambar aku tengah posing tup tup jadi lainnnn...memang hangin le kan..
 1st shot dari sang reddish tu...terang kan..puas hati aku!..Rayyan, kite  beli 1 je la kamera tu..wat pe nak beli 2 ?!!..hehehe..pelis la Rayyan, dont posing like dis again..tau la posing termacho, tapi tengokkkk kan da tertutup separuh muker tu...tak nampak da muke ensem tu..

oleh itu...
welcome Coolpix s3100 &amp sila la berikan perkhidmatan yang tiptop untuk tuan empunya kamoo ni yer..; goodbye Coolpix P2, tQ kerana sudi berkhidmat untuk saya..jasa mu dikenang...

da daaaa..

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu yer.. u klik i.. i klik u...

Stadium Nasional Beijing ( Bird's Nest Stadium)

Hai Semua.. ;-)

hari hari terakhir di Beijing, memang tak lengkap kalo tak ke sini..Stadium Sarang Burung..Stadium Nasional Beijing..Stadium yang dirasmikan masa Sukan Olimpik 2008 dutu tu..08.08.08..
Stadium ni boleh memuatkan 91000 penonton yer..yang berkeluasan 258,000 kaki persegi..besar kan! ianya dibina dengan kos sebanyak 4bilion Yuan = usd 500juta..mahal kan!..
arkitek yang bertanggungjawab atas rekacipta stadium ini ialah Herzog & de Meuron ArupSport CAG
beliau merupakan arkitek bertaraf dunia bebs..telah memenai pertandingan rekacipta..

jadilah sedikit info yang dikongsikan di sini yer..nak lagi thrill leh la baca kat cerita pasal Stadium Sarang Burung ni.. lengkap!..

kitorang ke sini pada hari ke 5..tak le jauh perjalanan..cume taffik jem yang teruk kat Bandaraya Beijing tu..
sampai jer, kitorang laki bini meluru terus  ke stadium tu..best..sebab sejuk..cantik permandangan tu..luas kawasan tu..bawa si anak kecil memang berlari2 je la keje nyer..cume sian kat warga tua, sebab nak kene jalan jauh dari bas turun kan tu..
haiii kami da sampai....korang bile lagi?..sejukkan!..semua pakai glove bagai..tengok si Maggie tu..siap pakai tutup telinga..orang tempatan pun tak tahan sejuk tau..hmm en suami aku tu kebal / kalis sejuk...katenye rase puas puas sejuk tu..nanti balik malaysia tak dapat sejuk cam ni da...tu yang dia berlengan pendek je tu..
posing time..
kat segala sudut nak posing..ye la kan..pasni tak tau lagi bile nak ke mari..
masa berurusan jual beli..hmm macam ayam ngan itik juga..bedal je la..asal puas hati..dapat ape yang dihajati..
haaaa kan da kene gangguan sexual...hehehee..geram betol apek tu ngan Mr Mussle aku ni..hehhehe...ritu kat Forbidden City tu pun kene raba jugak...eiiii...nak kene babap ni!...
ini la hasil interaksi antara ayam itik tu..beli layang layang ni..lain dari yang lain..murah je ni..1 pack ader 15keping layang layang ni..di jual 10yuan untuk 5pack..siap paoww 1 pack lagi...hehehee..kire 30 layang layang tu 5 ringgit jer la...murah kan...
ini bukan yang sendiri punyer..apek tu yang punyer..en suami pinjam jap eh...
loving posing macam ni harus ader...da la segan nak mintak tolong orang amikkan gambar kite posing loving loving ni..bile da ader yang sanggup, sakan le jadinye...hehehhe...

ok..pasni nak ke Masjid Tertua di Dunia tu..Masjid Niu Jia..

da daaaa...

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu tau.. u klik i... i klik u...

17 February 2012

Island Hoping Langkawi

Hai Semua ;-)

ini yang ditunggu tunggu..ber Island Hoping.. ini pun kali kedua aku & Rayyan ke sini..so aku tak teruja sangat..cume yang membezekannye, time tu kitorang naik kat jeti lain, time ni kat jeti Kuah jer..time tu Rayyan kecik lagi..time ni Rayyan da besar skit la...hehehe...& pengalaman nye lain..kini kami sekuarga!

Island Hoping ni, mengambil masa 3 jam..ader dua sesi..pagi..930pg - 1.30ptg..sesi petang 2.30ptg - 6.30ptg..kitorang amik yang sesi pagi..

Island Hoping ni meliputi 3 tempat, 1 tempat sejam je..Pantai Beras Basah, Eagle Feeding & Pulau dayang Bunting..tak kire le pergi mane dulu, tapi tiga tiga tempat ni termasuk dalam pakej..

ke jeti Kuah dengan menaiki sang Kancil Putih..posing dulu sementara menunggu time nak berlepas..
 berlatarbelakang kan permandangan ini..cantik gambar tu..
 da naik boat..Rayyan maluew gituew..suke gamaknyer!..siap berbaju mandi tau..tak dannye korang nak bersalin salin tau nanti..& takder pun toilet / bilik salin pun..
 bintang hati Ummi ;-*..
 destinasi pertama:.. Pantai Beras Basah.. pantai ni best..putih halus pasir nyer..selera la nak mandi manda..tengokkkk..nampak jelaskan ikan ikan tu..
 walk walk walk...pastikan berselipar jepon eh..
sepanjang perjalanan dari jeti pantai tu kami di sambut oleh sang monyet monyet..awasss...korang yang bawak bekalan tu, hati hati tau, sebab monyet monyet ni mengganas kelaparan..berani dia rampas roti dari tangan Rayyan tau!..dalam berjaga jaga tu..terlepas jugak..
 si kenet tu kene pakse berposing..hehehhe...nnt da besau, seronok tengok gambar time kecik kecik ni tau..oleh itu, posing sakan setiap masa ok..
 haaa cantikkan..
 selain bermandi mandi kat situ, ade juga yang main ini..amender ni?!!!
 tengah kebasahan..hehehe..Rayyan moody sebab nak mandi laut lagi...adoiiii pelesss la Rayyan..time da cukup ok...
 hmmm tengok..ni ader  yang baik hati..bagi biskut..
 cube tengok kat tangan si monyet tu..kesian wehhh, tangan dia termasuk kat dalam tin..haduhhhh..seksa dia nak pegang makanan..sian tau..
 pastu ke tempat Eagle lak..time ni abg boat tu campakkan lemak lemak ayam..time pagi ni , helang helang ni kelaparan, tu yang dok sambar je tu..suke aku time ni..kebanyakkan gambar menjadi...
 terbang tinggi..
 kenyang je si helang helang tu...terus ke Tasik Dayang Bunting..
 rendam rendam kaki jer..dalambukan main..14 kaki ke dalam..fuhhh tak berani la nak berenang..
 tapi..sebelum nak sampai ke Tasik Dayang Bunting tu..kene la mendaki bukit tinggi ni..fuhhh..jenuh nak sampai..
 keletihan..kehausan...hehhehe..tak sempat nak sampai ke jeti..penat bukan main...ni yang aku tak daya..
 seb baik tak terkapar macam ni...hahhahaaa...
selesai ketiga tiga aktiviti tu..terus la balik ke jeti & pulang ke hotel..

akhirnya dapat juga nak settle kan misi..sebab nye, ini la perkara utama yang nak diselesaikan di Langkawi..sebab yang lain lain tu da pun tinggal jejak..

tido lagi semalam kat hotel, & esoknye gerak ke Perlis...

 da daaaaa...

jangan luper klik iklan kat sidebar tu tau.. u klik i.. i klik u...

Hot Spring, Langkawi

Hai Semua ;-)

Ni baru nak cerita Januari di Utara tu..terskip pulak eh..soriii...naik lori..
ok,ujung bulan Januari tu aku ditugaskan untuk ke Perlis.. biase la, aktiviti menembak kat sana..Program Lawatan Sehari YAB Perdana Menteri di Perlis..

Kene le pandai menyelam sambil minum air kan..hehehe..dah alang alang ke utara, panjang kan langkah ke Langkawi memandangkan memang nak cari piok idaman lagi murah tu..hehehe...keje di Perlis tu 2 hari jer..khamis jumaat..then sabtu tu , kitorang bertiga..aku, en suami & si kenet tu..bergegas la ke Langkawi dengan menaiki feri..kat sana 3 hari 2 malam jer..urusan penghantaran kitorang ke jeti ,parking kete semua di settlekan oleh abg Nuar..rakan seangkatan yang base kat Perlis..tq Bang Nuar..

ngam ngam..sampai jeti jam 1030pg..feri gerak kol 11pagi..tak le lama nak tunggu..tiket untuk dewasa rm16.00 & kanak kanak RM13.00 (aku tak beli pun utk Rayyan..larat lagi  nak pangku..)
ok..dari KL lagi da siap sedia booking hotel + kereta + tiket Island Hoping..jadi, sampai je jeti terus ke kaunter, bayar ape yang patot & amik kereta..kebetulan BANGCIK ni BW & tinggalkan link pasal Langkawi ni kat chatbox aku..jadi, semua nye aku booking online..
kancil putih sehari RM40 (bukan cuti)..island hopping RM30 dewasa..RM20 kanak kanak bawah 5 tahun..hotel Twin Peak..RM99.00 semalam..
 cek in kol 1 lebih..rehat rehat jap, terus ke Idaman Suri..cari barang yang diidam idam kan tu..coklat bagai & piok Cornell o  Vision tu..sukkkkeeerrr...pastu kitorang ke Hot Spring Langkawi..
 ini kali kedua aku & Rayyan sampai kat Hot Spring ni..en suami lom pernah sampai lagi..tu yang pergi tu..nak masuk sini tak yah bayar pun..
 ni permandangan kolam air panas tu...memang panas le air tu..sebab keluar dari matair..bukan panas berjemur tau..cantikkan..

 tapi....kat dalam kolam tu...berlumut..kotor...tak macam Ciater Bandung..
last year aku datang, sanggup gak rendam kaki..mungkin time tu pagi, then cleaner baru bersih kan..ni da petang, so lumut tu sempat le membiak agaknye la...
 gagahkan juga la soh si Rayyan ni pegang..sebab dia kepoh nak mandi nak mandi...heeee....
kat situ ader gerai jualan tau..sambil tengok tengok tshirt, aku tanye la tokei tu..kenapa kotor?!dia kate, itu tindakbalas airpanas tu dengan udara/cuaca..hari hari cleaner dok bersihkan..tapi jadi jugak..ader notis kat pintu masuk..bagitau tentang itu..aku cari takder pun notis tu..pihak berkuasa harus amik perhatian la pasal ni..sebab ader pelancong (matsaleh) tanye aku pasal ni..malu tau nak jawab..takkan tak berjaga pulakkan..hmm..

da dapat barang yang dihajati..da pun g Hot Spring tu..puas hati masing masing...
so balik hotel, berjimba jimba dalam air pulak..seb baik la ade pool kat otel tu..

 konon konon berani la tu..
 abis terjerit 1 pool..sebab takut tenggelam..rayyan rayyan..

selagi tak sejuk, tak le naik..
malam, aktiviti makan makan jer..kat Pekan Kuah..balik cepat sebab nak merehatkan diri..esok mahu ber Island Hoping...

da daaaa...
jangan lupe klik iklan kat sidebar tu tau.. u klik i.. i klik u...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails