15 February 2012

Great Wall Beijing Keajaiban Dunia

 Hai Semua.. ;-)

Tempat bersejarah yang paling di hajati oleh en suami untuk pergi melawat..Tembok Besar China..Hari seterus nya baru la dapat ke tempat yang paling dihajati..

Tembok yang terpanjang di dunia ini merupakan salah 1 keajaiban dunia..kire kire panjang 10,000 merupakan satu siri kubu China silam yang dibina sekitar 200 SM dandiperkukuh antara akhir abad ke-14 sehingga permulaan abad ke-17, semasa Dinasti Ming, untuk melindungi utara China daripada serangan puak Mongol dan Turkik. Ia didahului oleh beberapa tembok dibina semenjak abad ke-3 SM terhadap perompak puak-puak nomad yang datang dari kawasan yang dikenali hari ini sebagai Mongolia dan Manchuria. Panjang Tembok Besar China ini ialah kira-kira 6,400 km, daripada Shanhaiguan sehingga ke Teluk Bohai di sebelah timur yang terletak berhampiran dengan sempadan China dan Manchuria, sehingga Lop Nur di sebelah tenggara wilayah Xinjiang. Pada 2009, satu tinjauan arkaeologi baru menggunakan teknologi termaju melaporkan yang panjang keseluruhan tembok, dengan segala cabangnya, menjangkau 8,851.8 km (5,500.3 bt).


perjalanana bermula seawal 7.30pg dari hotel..kerana ianya jauh di utara Beijing..hotel kitoran di selatan Beijing..tak le jauh JB > Perlis ok..ni amikmasa dalam 2 jam la..

permandangan dari dalam bas..bergunung ganang..berbukit bukau..kalo korang dpat perhatikan..ade line lekuk lekuk kat atas bukir2 tu..tu la temboknyer...punye la teruja, tak jadi nak lentok ngantok dalam bas..
yeayyyy da sampai...tak sabar ko, nak panjat tembok tu...hehheh..
walaupun ader matahari..suhu nya masih sejuk..peluh nak keluar pun malu malu gituew...
pendakian pun bermula...mula mula..daki jer..tak der la anak tangga pun..atas skit baru le kene naik tangga..bukan tangga letrik tau!..
hoooo..en suami, tak yah g KOREA da la..sebab kat sini pun da der mangga nama cinta tu..hehehe...aku memang idamkan nak ke KOREA musim salju sebab ini la antara nyer..nak kunci nama cinta kitorang kat situ...hmmm da der kat tembok ni pun...
haaaaa banyakkan mangga..hmm kunci mangga ku akan ku bagi pada Rayyan, untuk dia bukak kalo dia ke mari nanti...mangga bentuk cintahati lagi tau...
naik...teruskan perjalanan hingga ke puncak..kiter tengok sape yang berjaya...
permandangan dari sepauh atas...maknenye..kitorang laki bini da sampai ke separuh atas tu yer..
ramai kan orang...dari pelbagai negara..rajin korang naik..ye la..takkan nak dok bawah je kan..tak feel wat kat en suami..
terus kan naik...yeayyyy...sampai juga kat atas..memandangkan naik naik & terus naik..tangga yang sama jer sampai ke atas..kitorang decided tak naik sampai puncak tu pun..permandangan yang sama  (mungkin)..yang dapat penat..tak mo la...


ader gak gambar berdua..ni selamber je encik suami suakan kamera kat pelancung dari Holland..dia paham le maksudnye tu..then kitorang pun posing le...tQ sir!..


lama gak le kitorang kat atas tu..memerhatikan tembok besar tu..tinggi..panjang..kukuh...bape ramai yang mati masa nak bina tembok ni..masa perang diorang dengan kerajjan Monggol..huhhhh...tak terfikir la...bek posing posing jer..bukan senang nk ke sini..

Kuasa allah Taala, ape saja semuanya mungkin!..SUBHANALLAH...

tembok tu setinggi 6 kaki lebih..tak lepas le kuda kuda tu nak memanjat..tu yang en suami try tu..hehhehe...
tak larat nak jalan da..tangga nye curam curam..hati hati yer!..
batu ape/ teknologi ape yang diorang gune kan untuk membina tembok ni kan..dari dulu lagi Allah Taala da bagi kite akal fikiran yang sempurna untuk kite gunakan..
yahooooo...yihaaaa......tamat sudah pendakian kitorang di Great Wall Beijing ni...suke sangat..Alhamdulillah, allah berikan kami kesihatan sepanjang masa untuk melihat KekuasaanNya..

samapi bawah..semua tengah tunggu kitorang..kitorang yang 1st naik..kitorang juga la yang last turun..tak sempat nak shoping kat situ pun sebab da takder time..

tak der pun sijil pengiktirafan bagi yang berjaya naik..sijil tu kene beli.. rm40 untuk sekeluarga..atau rm20 untuk single name..kitorang tak beli pun..cukup la sekadar bergambar sahaja..

sayang nak meninggalkan Tembok Besar tu...memang tak puas!..ntah bile la dapat datang lagi..huhuhuuuu....

da daaaaa....

Jangan Luper Klik Iklan kat Sidebar tu tau!..u klik i... i klik u!...

6 comments:

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

Salma Rose..Apa kabar?lama k.atie xsinggah sini.Jgn majuk yer.
Bestnya dapt g melancong bersama insan trsyg.
Cantik2 gambarnya..Xper mungkin xmerasa la k.atie nak g sana..tgk gambar Rose ni pon k.atie dah seronok sgt..:D

amiey lee said...

amboii bukan main lompat2 lagi hee...bestt nye dh smapi sana..nnti la tgu anak2 besar ajak hubby honeymoon kt sini heee

ummirayyan said...

kak atie:..haii..lame gak sy tak ke laman biru kak atie tu..tak sempat kak..
alaa..sok anak akk yang akan bawak akk ke sana ke mari..depa kan pandai pandai..
;-)..

ummirayyan said...

amiey:..iyer..1 hari nnt g honeymoon kat sana eh..g time sejuk..sedap polok ciom...hehehe...

watyz said...

ya Allah...seronok nye!!!

ummirayyan said...

watyz:..iyer, best!..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails