16 February 2012

Danga Bay : Teluk Danga, Johor Bahru

Hai Semua ;-)..

Januari ke Utara.. Februari ke Selatan..cerita di Utara pun pending lagi..la ni cerita di Selatan dulu yer..
Minggu lepas aku ditugaskan utk membuat liputan penuh Lawatan PM di Johor.. macam biasa, peluang harus diambil & jangan lepaskan peluang itu..memandangkan aku tak pernah lagi sampai ke Danga Bay tu, hati ku berkobar kobar mahu ke sana..mahu tengok tinjau ape yang menarik sangat kat sana tu..makanya, gerak pantas la kami laki bini ke sana dengan menaiki kereta..
Sebelum tu kite selak sikit info yang en google da bagi tu..

Danga Bay ditetapkan untuk menjadi pembangunan waterfront perdana dan satu sorotan Iskandar Malaysia, menawarkan antara lain, hartanah mewah, kedai runcit terkemuka, keseronokan dan tumpahan aktiviti riadah, sebuah oasis untuk makanan dan minuman tempatan dan antarabangsa danacara dan aktiviti atas-seri. Danga Bay Integrated Waterfront City merupakan salah satu kawasan paling menarik pembangunan dalam Iskandar Malaysia. Tapak ini boleh dihubungi melalui rangkaian jalan-jalan utama, Lapangan Terbang Antarabangsa, hab kargo dan pelabuhan yang komprehensif. Pelbagai projek-projek mega telah dikenal pasti untuk kawasan ini, termasuk hab baru hotel, kewangan dan perdagangan, pameran dan pusat konvensyen, marina dan hartanah kediaman mewah.

Terletak di bahagian selatan-tengah Iskandar Malaysia, Danga Bay adalah yang pertama dan terbesar yang bercampur Johor Bahru pembangunan kediaman komersil. Ia bermula di sepanjang pantai 25km indah menghadap Selat Johor dan penutup dan kawasan kira-kira 450 ekar (1.8 km2).
ok, teruskan skoll untuk cerita pengalaman kitorang laki bini kat sana tu..
sementara menunggu job seterus nya pada malam hari, kitorang melepakking di tepian Danga ni..haaa ni permandangan di Teluk Danga tu..awan yang cantik, selepas hujan renyai di situ..
 ni pulak Danga Cruisse..puas goolge tak dapat le info pasal cruisse ni..nak amik pamplet, time ni tutup lak kaunter tu..memandangkan aku tengah mensurvey percutian dalam cruisse ni..frust jugak la sebab takder info pasal tu..huhuuuu...
ok..ni di sekitar Teluk Danga tu..tak jauh dari hotel kitorang stay tu..jalan kaki pun boleh..ader kete like beca gituew kat situ..RM30 untuk 5 orang penumpang & RM25 untuk pasangan..leh la bawak jalan2 kat area waterfront tu..tak pasti untuk bape jam..
plan asal nak bawak si Rayyan tu..tapi tok nenek dia tak bagi lak..kate nye nak bawak pergi jenjalan umah baru Ayahchik nye..hmm ummiwalid honeymoon la yer...hehehhe..lebih seronok kalo ader si kenet tu..& kompom dia akan main menan menan yang ader kat situ..ketapi ni jalan time malam..time ni petang, tak bukak lagi...
haaaa cantekk kan permandangan pantai tu..dengan pokok kelapa yang rendang rendang tu..tenang je..air laut pun surut jer..ala ala tengah bercinta lak time ni..makan makan aiskrim..makan makan kacang..hehehe...sweet memori..
jalan lagi..sampai lenguh kaki kitorang ni..hmm skit lebih kurang macam kat Waterfront Sarawak tu  je..
 hoooo ade funfair le..tak main pun...tapi kan teringat time dolu dolu, kitorang g funfair macam ni..tapi tak le secanggih ni kan..pancing itik..pastu dapat air kotak..gumbire ria time tu...
 haaa ade zoo jugak..kitorang lalu la kat tepi zoo tu..dengar la ayam itik tu berkokok menguekkk..panggil kitorang gaknyer...hehhehehhe...
da bis tawap..singgah makan dulu..sebab nak berkerja malam tu..makan le kat Bawang Bistro..(tak amik gambar le..sebab tangan aku da kotor, makan kacang rebus sampai sememeh..) MAHAL bebs..Kuewtiaw Kungfu RM8.90..sirap limau RM3.80..teh ais..RM4..yang penting...TAK SEDAP!..wehh makan kat Putrajaya Marine ni pun lagi murah tau..Kuewtiau Kungfu RM7.90 jer..pinggan besau..sedap selera lagi..memang cekek darah...
pastu, otak otak RM0.70..kat KL pun 50sen jer..MAHAL.....;-)

kennyang makan..tangan da bersih baru gajin kuar kan kamera..posing kat pintu masuk dia...hmmmm...
&..baru rajin nak buat kerja...terus ke tempat kejadian..jalan jem pisang betol..2 jam sangkut kat jalan tu..bosan le...

selesai kerja..balik..& zasss tido...tak sabar nak ke JPO tu..
da daaaaa....JPO next entry ya!..

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu.. u klik i.. i klik u...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails