21 February 2012

Sebab Malaikat Rahmat tidak akan masuk rumah..

Hai Semua.. ;-)

Hari ni more to sharing..sekadar menggingatkan diri sendiri & kawan kawan semua..aku tertarik dengan tajuk ini, telah dishare kan di dalam FB..aku panjangkan pula di dunia blog pulak..

yuk kite cek,
Sebab Malaikat Rahmat tidak akan memasuki rumah anda

1. Rumah orang yang memutuskan hubungan Silaturrahim.
2. Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.
3. Rumah yang memelihara anjing.
4. Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.
5. Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.
6. Rumah yang sering meninggikan suara.
7. Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli sihir dan nujum.
8. Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.
9. Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah.
10. Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.
11. Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.
12. Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.
13. Rumah pemakan riba.
14. Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.
15. Rumah yang memiliki patung-patung.
16. Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.
17. Rumah yang didiami peminum arak.
18. Rumah yang mempercayai tukang tilik.
19. Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.
20. Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.
21. Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).
22. Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.

Pasti kan rumah kite tak termasuk dalam golongan diatas yer..

da daaa...balik ni nak kemas rumah..si kenet Rayyan ku tu tahu memunggah menan jer..nak kemas, dia soh aku...hehehee...

jangan lupe klik iklan kat sidebar tu yer.. u klik i.. i klik u back..

16 comments:

Panglima Muda said...

salam

ummirayyan said...

panggliam muda: wslm..

Cik Puan Nurul said...

hurmmm takleh nak hias umah berlebihan huhu mujur mmg xberlebihan

ummirayyan said...

Cik Puan Nurul:.. iyer la..sy pun baru tahu ni, bersederhana la..umah kecek sy tak der tempat nak gantong gantong / hias tu..

sebab no 12 & 19 tu makan dalam gak kan..tu la, hormati la ibubapa kite kan..& tak perlulah mengubah kejadianNya...

~~AzaLea~~ said...

ade gak terbaca kat FB sblm ni... byk benda yg kite tak perasaan tp dh menjadi rutin harian kan?

Nauzubillah..

fieda said...

sesamalah kita ingat mengingati ye...

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Rose...pengkongsian yg berguna tuk semua.Terima kasih Rose.
Semoga rumah kita xder trsenarai seperti diatas.InsyaAllah.

ummirayyan said...

Lea:..betul tu..dengan ader perkongsian seperti ini, boleh la di manfaaat kan eh..

ummirayyan said...

fieda:..iyer kan..yang baru nak tahu, boleh la ubah...

ummirayyan said...

kak atie:..insyaallah kak..menda baik, dikongsi untuk kebaikan semua..

Mak Izz said...

rumah aku byk patung (anak patung buat meniaga) camne ek? pastu 'rumah yg sering meninggikan suara' tu... pasni aku kena kontrol volume la bila marah bebudak. info yg sgt bagus. pernah bc tp dh lupa. insyaAllah pasni nk jg betul2 bior malaikat Rahmat datang hr2 :)

watyz said...

tQ 4 sharing... :)

Mekar said...

Kena selalu ingat mengingati supaya kita tak mudah lupa. TQ atas perkongsiannya

ummirayyan said...

Mak Izz:..tanak patung tu takper kot..sefaham aku, patung yang dijadikan perhiasan tu yang tak boleh..ko punye patung tu, letak dlm kotak kan..takper kot...
hmm tu la..aku ni pun dok tinggi sore kat rumah tu..bukan ape, perasan tak dengar kate jer...hehehe..iye la kan..pasni kite kene control tu , supaya malaikat rahmat leh masuk & menetap kat umah kite tu...amin..

ummirayyan said...

watyz:..welcam ;-)

ummirayyan said...

cik mekar..itu la kan..kite ni mudah lupe / alpa..atleast ade perkongsian macam ni, terbuka skit ape yang tertutup tu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails