11 March 2010

::Nak Jawab Ape?!!::

Ni tengah rajin nak berbelog la..hmm awal pagi sampai opis takder mende nak wat..aku berbloger la kejap..laju pulak ternet kat opis hari nih...sukeee aku..
hmmm tengok tajuk tu..sesuai rasenye  ngan topik kat bawah nih..ia mengenai jawapan kreatif utk anak anak yang terfikir di kotak fikiran nye tentang dari mane adik nye datang..macam mane adik boleh ada dalam perut mama nye..kite sebagai ibu bapa nya kene la jawab kan..hmm..follow ek...

Bila si kecil bertanya:
‘’papa, macam mana adik boleh ada dalam perut?’’

Wahai kaum bapa sekalian, jangan panik kalau tetiba anak kecil anda tanyakan hal hal yang agak sensitif dan sukat untuk diberikan jawapan. Sebaliknya, belajar bagaimana untuk menjawab soalan mereka dengan bahasa yang senang mereka fahami.

Biasanya anak kecil ini sering mengajukan soalan yang terlintas dikotak fikiran mereka. Walaupun soalan yang agak ringkas seperti ‘’papa,baby datang dari mana?’’ia sukar untuk dijawab kan..

Mahu atau tidak anda kena menjawabnya..Kalau tidak anak kecil ini akan terus menyoal sampai hati mereka puas..

Lazimnya, cara menjawab soalan yang ditanya oleh anak kecil ini bergantung pada umur mereka.

Berumur 2 hingga 4 tahun.


Si kecil: Macam mana adik boleh ada dalam perut mama?


Papa: Dalam perut mama ada tempat istimewa yang dipanggil rahim. Percantuman benih antara papa & mama telah menyebabkan adik berada di situ. Mama akan mengandungkan adik selama lebih kurang 40 minggu..


Si kecil: Kalau mama mengandung, papa boleh mengandung tak?


Papa: Tak boleh. Hanya mama sahaja yang boleh mengandung. Allah SWT telah menjadikan rahimdalam badan mama untuk mengandung. Papa tak ada tempat tu. Jadi tak boleh mengandung.

Berumur 4 hingga 6 tahun.


Sikecil: Macam mana benih mama & papa boleh bercantum?


Papa: Benih papa dipanggil sperma. Benih mama pula dipanggil ovum atau telur. Papa akan beri sperma pada mama melalui hubungan kasih sayang antara kami. Selepas itu, sperma akan mencari telur dalam perut mama. Bila da jumpa, sperma tu terus melekat pada telur maka jadilah adik.


Sikecil: Adik boleh tidur & makan macam kite tak?


Papa: Adik tidur & makan tapi tak sama macam kita. Adik dapat makanan daripada mama. Setiap makanan yang mama makan, bayi pun makan. Selain makan, bayi pun boleh bergerak gerak, tidur dan berehat dalam perut mama.


Sikecil: Macam mana adik keluar dari perut mama?


Papa: Bila tiba masa iaitu lebih kurang 9 bula 10 hari, adik sudah bersedia untuk dilahirkan. Mama akan melahirkan adik dari satu pintu istimewa yang sudah Allah SWT ciptakan untuk mama. Pintu itu akan terbuka sendur bila masa kelahiran tiba. Pintu itu dipanggil serviks dan akan keluar bayi akan keluar melalu vagina yang terletak di antara dua kaki mama. Doktor dan jururawat akan membantu mama sewaktu adik dilahirkan.

Berumur 6 hingga 8 tahun


Sikecil: Mama sakit tak bila nak melahirkan adik?


Papa: Mestilah sakit. Tapi mama kuat semangat. Mama selalu bertenang dan bersabar sewaktu proses bersalin. Bebrapa jam sebelum bersalin, mama akan mengalami kontraksi iaitu pengecutan rahim dan bukaan tulang serviks sehinggalah pintu rahim terbuka seluas 10sm supaya adik boleh meluncur keluar. Selepas kelahiran, perut mama akan mengecil semula macam perut kita.


Sikecil: Kenapa adik mesti menyusu susu ibu.


Papa: Adik mesti menyusu susu ibu sebab anak manusia perlu minum susu manusia juga. Susu ibu mengandungi khasiat yang terbaik dan mudah hadam..Selain itu juga susu ibu mampu memberi perlindungan daripada penyakit.

hmmm..pasni kalo anak tanye macam nih..boleh jawab..



jangan marah..saje suke aku tempekkan gambar pregie aku..seswai kah?!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails