29 August 2011

COKLAT RAYA - ROSE BERYL's

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Bahagia..Salam Ceria..Hai Semua..

ini adalah sticky post..
entry baru..skroll bawah lagi eh..

ok..nak promote coklat nih!!..coklat raya..ehhhhee..asyik asyik kueh raya kan..ni coklat raya..saya buat sendiri..

 ni bentuk ROSEs..

ni corak kerang.

yang ni pulak bentuk segi4

homemade coklat yang diperbuat dari coklat yang Beryl's yang bermutu tinggi..tidak perlu simpan dalam peti ais..cair dimulut..tidak ditangan..rasa yang sedap & tidak muak sekiranya dimakan banyak..setiap coklat berinti hazelnut..

dijual dengan harga:
RM29.00 termasuk kos penghantaran (by pos ataupun C.O.D sekitar KL, Putrajaya, Kajang, Puchong.PJ & Melaka) untuk 50biji coklat..

yummyyy...jom oder..
sesiapa berminat..sila rojer2 saya di talian 01dua-2 enam satu 85tiga 1..

25 August 2011

Kad Raya Pertama & Terakhir di tahun ini....

Assalamualaikum..Salam Sejahtera.. Salam Bahagia..Salam Ceria..Hai semua...

yeayyyy..dapat juga...hehhehee..dapat kad raya..zaman sekarang ni maner main kad raya kad ray ni kan..nak nye by post..jgn harap le aku nak dapat, sebab aku pun tak bagi kat orang...cume, bagi kat en suami & ummi buyah aku jer..itu acara wajib!..hehehe..

 kad raya dari Menteri Besar Selangor..heheheh..akceli, memang tiap tiap tahun kitorang sekeluarga dapat sorang 1 kad tau..kire semua penghuni Seri Kota tu memang dapat le...
siap dengan kad jemputan ke Majlis Sambutan Hari Raya lagi..tapi kitorang non ader..beraya kat Melaka kan...yang Pak Menteri ni pun, buat 1 raya, memang tak dapat le aku nak datang...

ape pun aku hargai...terima kasih Pak Menteri...

Siakap 3 Rasa Acik Rose

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Bahagia..Salam Ceria..Hai Semua..

Semalam korang buke puasa makan aper?..masak ke beli kat PARAM jer?!! hmm mcm biasa la, bersederhana dalam berpuasa aje kitorang ni..lom lagi jejak PARAM tu walaupun da hari ke 25 kite menunaikan ibadat puasa kan..entah kenapa masih tak terniat lagi nak jejakkan kaki ke sana,..mungkin selalu dengar kat radio kot, tak pun baca kat blog korang, pasal beli kueh inti da basi la..beli otak otak, da berlendir la..kuah kurma da berbuih la..semua tu tak sempat nak dijamah ketika berbuka...hmmm tu yang aku pobia kot!...hehehhee

ok ok..memandangkan ikan ayam udang segala bahan da beli siap2, aku berkelentang kelentung untuk siapkan juadah berbuka puasa untuk hari ke23..(menu 2 3 hari lepas yer!!)..hehehhe..nak masak Siakap 3 Rasa bebs!..jeng jeng jeng....

*


*


*

Siakap 3 rasa acik rose da siapppp!!!!
samping sampingan....udang goreng, cobaan ke 5 baru dia garing wehh(5kali goreng di hari berlainan)...da tahu da trick nye...hhheehe..tersenyum lebar sampai ke telinga en suami, sebab berjaya garing..
 dannnnn..Sawi VODO..a.k.a BODO..sbb simple gile je sawi ni, tumis bawang je masuk air..masuk sawi..siap!

kueh kueh ker, bubur kacang ker..yilllek eh..sbb tahap kekenyangan sampai ke saho esoknyer...hehehee...

erkkk...alhamdulillah...sedap...kenyang...GUMUK....

24 August 2011

Nasi Ayam Ke2 lagi sedap!..

Assalamualikum..Salam Sejahtera, Salam Bahagia, Salam Ceria..Hai semua...

Buat nasi ayam lagi....memandangkan Mokdek Rayyan a.k.a adik aku nak berbuka puasa kat umah aku, saje ku tanya en suami, nak aku masak ape utk berbuka hari ni..(JUMAAT LEPAS KO!)..hmm dia terus reply, NASI AYAM HNEY!!...hehehhee..nasi ayam lagi la...

aku pun layan je la, lagi pun cam senang jer nak buatnye..hehehhe...

 kuah kicap cili padi..kitorang tak makan nasi ayam ngan kuah cili merah tu pun..
 encik juri rasa kesedapannye dulu...tak tanyer pun sedap ke tak, dia terus cakap...mieee dappppp!..hehehee..Mokdek da tak sabo le tu..
 gluppp...lambat lagi ke nak berbuka nih...tak sabo nak makan nasi ayam bini aku nih....hhehehehe..
cok udang..
 huhhh..sabo yer semua...lambat lak nak azan time nih...heheheee...
huhhhh...seram gak walaupun da 2 kali buat nasi ayam nih..hehehe..rupenye, ini lagi sedap dari yang 1st trial tu la wehh...

heheheeh..buleh la buat utk rumah terbuka nnt, request from en suami...horrrrr?!!!!buat ker Open Haus?!!!

Law Ka Na Bainana

Assalamualaikum..Salam Sejahtera..Salam Bahagia..Salam Ceria..Hai Semua..

hmm tajuk arab la pulak..hehehe..sebenarnye nak share sesuatu la kat korang pembaca setia blog ummirayyan ni..heeyyeeee..

klik la, leh dengar sambil baca citer seterusnya...

Law Ka Na Bainana..bermaksud Andai Rasulullah Bersama Kita..
sebenarnya, ia adalah 1 rancangan di TV Al Hijrah..kalo kat Astro tu channel 114..jam 530 pagi (siaran ulangan)..boleh la layan lepas/masa makan sahur tu kan..kalo tak jam 9.00 malam setiap hari ahad..program dokumentari televisyen yang mengkaji penerapan nilai-nilai Islam yang diajarkan oleh Nabi Muhammad, dalam realiti masyarakat semasa.Law Ka Na Bainana ni, program realiti TV yang dibuat di negara arab, yang mana rancangan ini akan membuat temubual spontan kepada sesiapa yang ditemui secara rawak, ditanyakan soalan-soalan berkenaan Rasulullah SAW. secara spontan!..


aku tahu rancangan ni pun dari hasil perkongsian ustaz Ajib semasa ceramah beliau di Majlis Tadarus minggu lepas..dia yang share rancangan ni kat kitorang..aku pun tengok la..
..sangat2 tersentuh, feeling2 tau..mane tak nye, ramai dikalangan kite ni lupa dengan sifat mulia yang Baginda Rasullullah amalkan..semua nya sebuk dengan urusan duniawi termasuk la aku...bergenang air mata ku mengenangkan sifat mulia Rasullullah itu tidak ku amalkan..contohnye:..penyabar, penyayang, pengasih, pemaaf, dan lain2..


ini yang telah ditranslate kan ke dalam bahasa Melayu..

Puisi Intro
--------
Wahai Tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu, dan sifat pemurah-Mu dan kebebasan daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh manusia
Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai Tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam...

Start
-----
Kalaulah Kekasih-Mu, masih berada bersama-sama kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah
dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
rasa yang meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu.
Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya Nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan Baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenankan doa hamba...
Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada di sisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.
Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia, yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam....
Wahai Kekasihku, wahai Nabi Muhammad
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dipuja
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu

seronok tengok rancangan nih..pagi pagi lepas/masa sahur dengan en suami tu kitorang mesti tengok..tengok gelagat mereka yang ikut/amalkan sifat baginda ataupun tidak..yang mengikut/mengamalkan sifat tu, diorang diberi hadiah..

korang tengok le eh..mane la tahu buleh dijadikan pengajaran & perbaiki diri kita dalam kehidupan seharian...

sama sama kite terapkan nilai nilai Islam yang telah diajar oleh Baginda, Muhammad S.A.W...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails